Monday, June 15, 2009

HIKMAH KEMBARA:PENJAGAAN ALAM SEKITAR, BELAJAR DARI JERMAN



Tropen Aquarium,Hagenbeck

Hari ini Malaysia sekali lagi dilanda masalah Alam sekitar yang merentas sempadan JEREBU kembali lagi menghuni ruang langit nan biru dan menyesakkan nafas penghuni kota.Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai persoalan ddan polemik asas;"Sejauh mana inisiatif Malaysia selama ini berkesan atau tidak dalam menangani masalah Alam sekitar di peringkat domestik mahupun global tatkala kempen kesedaran di sahut sepi warga kota".Bilakah situasi yang membimbangkan ini akan berakhir?Penulis percaya kita perlu belajar dari pengalaman negara-negara maju menguruskan kemandirian dan survival insan berasimilasi denagn alam sekitar demi kepentingan sejagat.
Maka,pada kesempatan ini penulis ingin berkongsi pemerhatian terhadap Penjagaan Alam Sekitar di Jerman sepanjang hampir 5 bulan penulis berkelana di kota Hamburg (bandar paling hijau di Jerman).Secara asasnya, penjagaan alam sekitar dan pengekalan sumber hijau dapat dilihat secara jelas terhadap inisiatif menjadikan Hamburg sebagai bandar/negeri paling hijau di bumi Jerman. Beberapa aspek penjagaan Alam sekitar akan penulis coretkan di sini sebagai renungan:

Kitar semula :praktikal>teori


Hagenbeck tierpark
Bagi menjayakan kempen kitar semula,mereka menerapkan gaya hidup harian yang mementingkan konsep pengasingan bahan buangan untuk mencapai visi ini,tong-tong pengasingn bahan buangan diletakkan di merata tempat:tempat membeli belah mahupun di apartmen:paling asas tong pengasingn kaca dan kertas.Mesti anda tertanya-tanya bagaimana pula dengan botol-botol plastik? Jawapannya setiap botol plastik makanan dan minuman yang dibeli harganya termasuk dengan kos kitar semula dalam kata yang lain kosnya lebih mahal dalam EURO 25 sen,justeru untuk mendapatkan semula duit ,pengguna perlulah mennghantar kembali botol dan bekas tersebut ke mesin vendor kitar semula yang diletakkan di Pasaraya2 tersebut dan akan mendapat kembali resit yang membolehkan anda mendapat semula wang/kos kitar semula dari kaunter bayaran.
Disamping itu, bagi barang-barang terpakai seperti komputer lama yang tidak berfungsi,perabot rosak dan lain-lain,pengguna perlu menghantar barang2 tersebut ke satu pusat pengumpulan yang spesifik dan disini biasanya menjadi tumpuan para pencari barang-barang terpakai.Tidak cukup dengan itu,para pembeli dan pengguna juga di galakkan membawa beg sendiri ketika membeli belah di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya basah yang besar jika tidak anda perlu membayar sekurang-kurangnya EURO 5 SEN untuk beg plastik,keadaan ini berjaya mengurangkan penggunaan beg plastik yang sukar terbiodgerasi sekaligus mempromosi budaya sayangkan alam sekitar dalam kehidupan seharian.
Dalam kata lainnya "ADA HARGA YANG PERLU DIBAYAR JIKA INGIN MENCEMARKAN ALAM SEKITAR"!! dalam memupuk budaya kitar semula di Hamburg.

Pengurusan Taman: Di taman teman



Bergambar di St.Pauli Park,taman dalam bandar!

Berjalan bersiar-siar di taman flora dan fauna memang mengasikkan,dan disini terdapt lebih dari 5 taman tema hijau yang menjadi pusat kegiatan riadah dan pelancongan antaranya Stadepark dan Hgenbeck tierpark yang sudah berusia lebih 100 tahun.Obses terhadap aktiviti riadah seperti jogging (tidak kira musim hujan atau sejuk)telah menjadikan warga Hamburg secara khususnya menghargai taman-taman yang hijau dan diuruskan dengan baik sehingga agak sukar penulis mencari butiran sampah yang bersepah merata-rata.Mengasimilasikan taman hijau dengan tasik yang tenang membiru sebagai pusat pelancongan juga telah menjadikan pihak berwajib bersungguh-sungguh mnegekalkan keindahan kawasan setempat.
Selain daripada itu,pejabat dan tempat kerja juga membudayakan amalan sukakan tumbuhan hijau "BAYANGKAN HADIAH HARI LAHIR UNTUK SETIAP STAFF ialah SEPASU BUNGA ATAU TUMBUHAN HIJAU" menerbitkan rasa kagum di hati kecil penulis.

Pembangunan Bandar Pelabuhan sebagai tarikan pelancongan


Isteri tersayang Azziah Harun bersantai di Jungfenrstieg (the most beautiful shopping street in the world..katenya) berdekatan dengan tasik/Alster dan Town hall/Rathaus.

Menjadikan kawasan pelabuhan sebagai tarikan pelancongan adalah jawapan tepat terhadap masalah jerebu dan pencemaran yang agak kritikal di Pelabuhan Klang.Sekadar mengambil beberapa contoh tarikan pelancongan seperti Hafencity,Miniatur Wonderland dan Landungsbrucken yang menjadi kawasan tumpuan pelancong dengan pelbagai tarikan seperti pesta pelabuhan,percutian feri dan kapal,muzium maritim dan lain-lain telah berjaya mengekalkan keindahan kawasan jeti dan pelabuhan (keadaan yanag sama dapat penulis lihat ketika berkunjung ke Barcelona).



Pemandangan dari atas kapal sepanjang pantai dan pelabuhan Hamburg

Maka hikmahnya yang dapat penulis kongsi bersama:jika negara Barat yang majoritinya bukanlah penganut Islam begitu mementingkan kebersihan dan keindahan alam sekitar,mengapa kita yang katanya NEGARA ISLAM tidak boleh belajar dari mereka dan menjadi lebih baik dlm aspek penjagaan dan pengurusan Alam sekitar.??sedangkan ISLAM meletakkan kebersihan itu sebahagian dari Iman dan kita Hamba-Nya sebagai Khalifah yang memegang amanah menjaga segala pinjaman dan keindahan yang sementara ini!!layakkah kita mencium BAU SYURGA??tu diahhh..

p/s;menjelang DEBAT ALAM SEKITAR,berubahlah adik2 pendebat UIAM ;)


DI TAMAN TEMAN,

AYDIN SUFI

13 comments:

  1. Malaysia masih very slow and x efficient dalam mengurus hal alam sekitar..setakat tong sampah 3 kaler jer...perlu ke di taman teman? haha

    ReplyDelete
  2. di taman teman tu tribute untuk u nurman kipas susah mati dato berkalung selendang instead of tudung-mak iti..huhuuh..pi konsert istana budaya kah?

    ReplyDelete
  3. aiyyo.. di taman teman.. teman ker? haha

    ReplyDelete
  4. berapa lama lagi di Germany?

    ReplyDelete
  5. reading this experience of yours, makes Malaysia looks so filthy. tapi takpe, semoga we'll have what we should have SOON :) Malaysia kan semua boleh!

    ReplyDelete
  6. sini kan cipul simple je...tak perlu mcm Malaysia kena ada 3tong..tp tak semua tempat ada...sini bg dynlah kan...simple but practical.budak2 kecik pun dh diterapkan recycling and etc...

    cipul..cmne kenal ajzie atas tu ek??kak azie tu.husband dia member satu office my hubby...

    ReplyDelete
  7. bestnye tengok negara org yg cantik...rase nk pi taman teman tu =)

    ReplyDelete
  8. ajzie-lagi smeinggu lebih je kat jerman tk sabo nk balik emsia

    non-that's why i love mesia sume boleh

    yana-kenal kak ajzie di alam blog je..huhuhu

    tun maria - kat mesia pun bnyak ape taman teman tp kat lorong2 la..hahaha

    ReplyDelete
  9. sy nk pegi tmpt yg ada klcc, kl tower, eifel tower, london bridge, statue of liberty etc boleh x abg cipoooolll...

    ReplyDelete
  10. ade gambar depan blog abang tu..sume bangunan ade..tengokla puas2;)

    ReplyDelete
  11. hahahaha.. best bace blog abg cipul, wpun x ade kesempatan ke sana, tapi bila membacanya, rasa macam kita sekali ade kat situ... huhuhuhu

    ReplyDelete