Thursday, June 25, 2009

HAMBURG;Sejuta wajah kenangan..izinkan ku pulang



Beginilah sepinya di kala winter mase mula2 smpai dulu;) sedingin salju sepi merindu

" Jauh ku terbang membawa harapan..di angin lalu ku kirim perkhabaran
sampai masanya ku ingin pulang bagai sirih pulang ke gagang..camar yang merindu hinggap di sarang~~@"

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu ,arini last day aku keje kat opis POTT&KOERNER agent MISC for Germany market.Diam tak diam genaplah 5 bulan aku berkelana dan mengembara di rantau orang yang tak pernah terduga dan tercapai dek akal fikiran tp tu sume rezeki dr Allah s.w.t aku terima dgn penuh kesyukuran;)

Mengimbas kembali saat mula2 dpt tau aku kena attach kat hamburg ni bulan 2/3 thun 2008..mase tu azie tgh ngndung 3/4 bulan ..(TERUS kena high blood pressure sbb risau kena tinggal and jaga anak sorg2" - aiiyaaa 5 bulan sikijap saja ..kate GM aku MDM MELISSA ..yela tu.

so aku sbnrnya tk excited klo ikut tarikh awal aku kena pi hamburg just after azie deliver..so teramatlah downnya;( pastu dgr2 tak jadi nk hntr pulak..lega ckit.pastu jd pulak..dok urus visa punya la lama..last2 best fren aku cik wa yg pegi dulu RTM,Belanda..(mase kitorng di nominate utk pegi ni..dgr jugakla..kepoh2 cam tk puas hati kan..bak kate our GM..sume olang pun jeles tau- dlm hati~~"ingat aku nak pi sgt ke"ngomel aku sendirian..tp atas nama LEADERSHIP CAPABILTY PROGRAM maka wujudlah idea STAFF EXCHANGE PROGRAM ni..huhuh

"dah rezeki pegila ade hikmahnya" ujar rakanku menyokong..

"camne korng dpt pegi ek???" tnya kwnku yg baru je join MISC..hhihi."dah org soh pegi..aku pegi jela"~~jawabku

"jgn risau azie ok,mak pun ade temankan" kata isteriku menyedapkan hati..cover sgtt!!!

"kalau Along tak pegi bolehke?"tanya emak aku yg agak risau..

cik wa plk dh pegi RTM mase winter sejuk gile ditemani oleh ibunya..puas jugakla dgr experien dia hanjeng besarla,sejuk tkleh tidola,susah nak maknala..bla..bala..bebel cik wa..yeye nak balik mesia la..last2 enjoy sakan kat europe..katenya!!!

tunggu punya tunggu at last kenala aku pegi jugak pd tnggal 26 Januari 2008...mmgla sedih and down.(tk excited pun) mase kat airport yg hntr aku

-my parent and adik2 aku
-mother in law..mak enon and sume family yg lain plus sume anak2 sedara aku
-my BEST FREN NAJIB ASRI-siap bg hadiah lagi!!..terharu aku
-my juniors-krem,jijah,mamu,boy,zaaba,nage and kash

di pendekkan cerita mase kat airport selepas sesi berslam2 and berpleuk2..aku pun melambaikan tngn selamt tinggal mase tu Aisyah dh nak tiod pun..my wife besa je tk nangis..mase tu aku dh rase sebak dah tp cover jela...tk nanges pun..hihihi padehal dlm hati tuhan jela yg tau.

Maka bermulalah satu episod baru dlm hidup aku iaitu:



Gaya seorang pelancong bijak;p

1)1st time naik business class- best gak..keja aku asik mkn tgk movie..
2)1st time naik flight sorg2-mmg mase tu pun flight tk penuh..yela mane ade org nak pi europe mase winter..
3)1st time berpisah lama and jauh dr anak isteri,family and so on-aku yakin jela cm dr form 1 dok asrama kan..huhu

punyala lama lebih 13 jam..smpai frankfurt kena transit flight lagi sjema fly ke hamburg...smpai je Hamburg mmg ngantuk coz byngkan aku tk tido pun spnjng perjalann..yg smbut aku mr.DIETER..MD kat german ni..dgn kaki yg terdnegkut2 katenya nak operate lutut..1st time smpai Hmaburg dgn sejuknya and berangin,,yela winter kan.



Hamburg Rathaus-ni kto bngunn paling menarik kat dlm city ni.

Dieter pun bawak aku pi umah..okla cantik gak.mula2 kt Hmaburng mmg tk leh tido..bila siang rase malm..bila mlm rase siang;) huhuhu

Masuk opis plak..sume opismate mmg baik2..depa dh siapkan pasu bunag ats meja..overall better environment form KL..;)

at last end of April my wife and baby join me here..so tkla lagi kesepian dan kesunyian..balik keja ade org akt umah tkla..boring and tido je..



Restoran Huang-one of my faveret halal Taiwan restaurant-NASI GORENG ade dijual di sini..sebutannya pun kekal NASI GORENG..HUHUH..balik keja singgah jap..sudhanya mane nak kurus;))
Beberapa coretan ringkas pengalaman
1) mostly org kat cni ingat AKU NI FILIPINO...huhuhu..-perasan jd jericho rosales jap
2) org Hamburg mmg tk frenly kalo tk kenal kita tp depa willing to helpla..bolela ckp english ckit2..
3) sbb boring dok sorg2(bulan 4 baru my wife and baby dtg join)....keja aku masak...tkg tv (sepatah haram tk paham-sume dlm bahasa jerman).
4) smbut tetamu spt cik wa dna emaknya,kak zira and family,mamu and shon,fatin&sab -junior aka kwn aku ZULJALAL yg kt munchen at last tk dtg pun jenguk aku (so aku isytihar pernag dingin..huhuhu).

APA YG DPT AKU BELAJAR DARI JERMAN:



Hamburg terminal yg membiru;)-terminal visit
1) wORKING CULTURE- ORg jerman mmg very commited dgn keja derang and kwn2 kt opis pun very helpful..especially LAURA,MARIA,BABET,DIETER,KAI,MURAT,sekdr menyebut bbrpa name.bnyk gakla belajr pasal port and shipping industry.



Meja aku yg kononnya busy tp menghijau je..best..;

2)Language -dgn aku kt opis derng ckp englishla..tp kdg2 aku guna trnslator internet hnatr msg in german -TU DIA terus derang impress dgn aku..HAHHAHAHAHA
PASTU aku bnyk belajr dr TV (same gak mcm my wife skrg).dah suem dlm german je..termausklah WONDERPETS..huhuhuh..so sume basic2 greeting aku dh tau la:

guten morgen-good morning
danke schon-tk you
tshcus-bye bye
ich bin-i am

dan bnyk lagi...
3) Islam community-kat tpt aku duduk mmg ramai org islam..dernag ni menjalankan perniaaagan runcit dan kedai makan..walaupun yg ade label halal 2 kedai je..dan yg paling aku down ade kedai roti turki..cakap halal..yg buat roti wa tukang jual roti pakai tudung tapi TATAP JUAL PIZZA SCHINKEN (babi la tu bunyi dkt2 chicken..huhuuh).and somemore dkt komunti islam nila bnyk2 kedai2 permainan seks..isk iskk/..(aku tgk jela dr luar..uhuhuh).



Masjid turki tempat aku menunaikan solat jumaat;p

dan kalau nak dicoretkan terlalu bnyk pengalaman yg dpt aku kutip sepanjang di perantauan ni dan berysukur atas segala nikmat dan perlindungan dari-Nya.



hobi di hamburg memasak-ayam panggang utk cik wa dan ibunya;p

Alhamdulillah penantian dah berakhir..masa yg ditunggu hampir tiba 27 jun ni berakhirlah sebuah kisah bukan KISAH KAISARA..huhuhu..7.25 fly from Hamburg to Frankfurt and then 12.35 from frankfurt to KL..smpai KLIA dlm 6.30 pg..insyaALLAH..

KEPADA SUME KWN2 doakan la keselamatan sy sekeluarga..tks and sorry for everything;)
kpd yg dtg umah nnti adela GIVEAWAY...HIIHIHIH...

P/S: sbnrnya tgh boring and down nak fikir pasal kerja..asyik pikir nak smpai mesia cepat2;)

Tuesday, June 23, 2009

RENUNGAN ANA MUSLIM:SOLAT AWAL WAKTU




Email ni Kakak ipar aku Kak Wawa yg forward sebagai renungan~~@tks kak;)

Subject: Rahsia Solat Awal Waktu


Renungan bersama..... ......... ......... ........

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.


P/S:Lamanya tak dgr azan kecuali mase solat jumaat kat masjid turki...kalo kat malaysia Aisyah mesti diam or bangun kalo dgr azan...tkpelah lagi 2 hari.

Friday, June 19, 2009

HADIAH DARI HAMBURG:MENGANDUNG LAGI???


Manusia merancang..Allah swt yang menentukan...tanggal 15 june.my wife dah mula risau2 coz dh 2 minngu tk period..

mungkinkah hadiah baby dari Hamburg mewarisi rambut blonde;)huhuhuhu

"ala sabarlah..ok kot..next week dtg"..spt biasa ayat penyedap hati..uhuhu..15hb Aisyah genap 9 bulan...

"isk takkan la kot"hati kecil berdetik...ikutkan hati plan awal tunggu Aisyah 2 tahun baru ready for next baby.konon2laaa..yela my wife bersalin operate aritu.so nak bgla rest dulu.

Masa mula2 kawen dulu bernagn nak anak 6..padehal kawen umur dh 26 thun..berangn jela..huhuhuh.aku mmgla suka anak ramai..tp pikir2 balik 4 org pun shud be ok;)plannye la..

Pastu balik keja cepat2 pi farmasi beli kit pregnancy test rega dlm 5 euro...convert RM dlm 25 hengget..huhu.smbil jln2 beli mknn and sayur2 wa buah2han..dgn yakin (firasat and naluri mmg kate nak dpt 2nd baby;)ehehhe

smpai je umah..wife aku Azie cam relax2 tk mau check lagi..

"check jela cepat lega ckit" ujarku sedikit mendesak..eheheh

check punya check..kuar la 2 line..pe lagi POSITIF PREGNANT;) wahhhhhhh terkejut..tk ku sangka..rasa masih terbayang2 lagi tahun 2008 yg penuh cabaran semsa wife mengandung dan bersalin.

cepat2 solat asar sujud syukur..ayat penyedap:

1)okla muda2 beranak..kang dh tua leh rehat
2)patutla lately kan..suka tgk org mengandung
3)tulaa...patutla 2/3 kali nampak name AYDIN kat jerman ni..satu poster selebriti turki..satu lagi name coklat.(dlm hati berharap nak baby boy la tu..hehehehe..amin;)
4)patutla ayang belikan baju2 utk anje(azie) sume besar2..XXXL...padehal..uppsss
5)takpe..ade hikmah..ini rezeki..mane tau rezeki anak baru dapat beli umah baru plak uhuhuhhu..amin;)

Apa-apapun..kami suami isteri redha dan bersyukur menerima rezeki dan amanah baru ini..(balik mesia next week nak scanla utk final confirmation).

ketika artikel ini di tulis..my wife dah start muak2 and pening2 wa nak muntah tp tak muntah..sudahnya..makan jelaaa.ihihi

Doa kami semoga kali ini dipermudahkan segala urusan,diberi kesihatan dan kekuatan serta keselamatn..amin.

~~Kasih sayang itu luar biasa,luasnya tidak bersempadan,kisahnya tidak berkesudahan~~@

AYDIN SUFI

Monday, June 15, 2009

HIKMAH KEMBARA:PENJAGAAN ALAM SEKITAR, BELAJAR DARI JERMAN



Tropen Aquarium,Hagenbeck

Hari ini Malaysia sekali lagi dilanda masalah Alam sekitar yang merentas sempadan JEREBU kembali lagi menghuni ruang langit nan biru dan menyesakkan nafas penghuni kota.Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai persoalan ddan polemik asas;"Sejauh mana inisiatif Malaysia selama ini berkesan atau tidak dalam menangani masalah Alam sekitar di peringkat domestik mahupun global tatkala kempen kesedaran di sahut sepi warga kota".Bilakah situasi yang membimbangkan ini akan berakhir?Penulis percaya kita perlu belajar dari pengalaman negara-negara maju menguruskan kemandirian dan survival insan berasimilasi denagn alam sekitar demi kepentingan sejagat.
Maka,pada kesempatan ini penulis ingin berkongsi pemerhatian terhadap Penjagaan Alam Sekitar di Jerman sepanjang hampir 5 bulan penulis berkelana di kota Hamburg (bandar paling hijau di Jerman).Secara asasnya, penjagaan alam sekitar dan pengekalan sumber hijau dapat dilihat secara jelas terhadap inisiatif menjadikan Hamburg sebagai bandar/negeri paling hijau di bumi Jerman. Beberapa aspek penjagaan Alam sekitar akan penulis coretkan di sini sebagai renungan:

Kitar semula :praktikal>teori


Hagenbeck tierpark
Bagi menjayakan kempen kitar semula,mereka menerapkan gaya hidup harian yang mementingkan konsep pengasingan bahan buangan untuk mencapai visi ini,tong-tong pengasingn bahan buangan diletakkan di merata tempat:tempat membeli belah mahupun di apartmen:paling asas tong pengasingn kaca dan kertas.Mesti anda tertanya-tanya bagaimana pula dengan botol-botol plastik? Jawapannya setiap botol plastik makanan dan minuman yang dibeli harganya termasuk dengan kos kitar semula dalam kata yang lain kosnya lebih mahal dalam EURO 25 sen,justeru untuk mendapatkan semula duit ,pengguna perlulah mennghantar kembali botol dan bekas tersebut ke mesin vendor kitar semula yang diletakkan di Pasaraya2 tersebut dan akan mendapat kembali resit yang membolehkan anda mendapat semula wang/kos kitar semula dari kaunter bayaran.
Disamping itu, bagi barang-barang terpakai seperti komputer lama yang tidak berfungsi,perabot rosak dan lain-lain,pengguna perlu menghantar barang2 tersebut ke satu pusat pengumpulan yang spesifik dan disini biasanya menjadi tumpuan para pencari barang-barang terpakai.Tidak cukup dengan itu,para pembeli dan pengguna juga di galakkan membawa beg sendiri ketika membeli belah di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya basah yang besar jika tidak anda perlu membayar sekurang-kurangnya EURO 5 SEN untuk beg plastik,keadaan ini berjaya mengurangkan penggunaan beg plastik yang sukar terbiodgerasi sekaligus mempromosi budaya sayangkan alam sekitar dalam kehidupan seharian.
Dalam kata lainnya "ADA HARGA YANG PERLU DIBAYAR JIKA INGIN MENCEMARKAN ALAM SEKITAR"!! dalam memupuk budaya kitar semula di Hamburg.

Pengurusan Taman: Di taman teman



Bergambar di St.Pauli Park,taman dalam bandar!

Berjalan bersiar-siar di taman flora dan fauna memang mengasikkan,dan disini terdapt lebih dari 5 taman tema hijau yang menjadi pusat kegiatan riadah dan pelancongan antaranya Stadepark dan Hgenbeck tierpark yang sudah berusia lebih 100 tahun.Obses terhadap aktiviti riadah seperti jogging (tidak kira musim hujan atau sejuk)telah menjadikan warga Hamburg secara khususnya menghargai taman-taman yang hijau dan diuruskan dengan baik sehingga agak sukar penulis mencari butiran sampah yang bersepah merata-rata.Mengasimilasikan taman hijau dengan tasik yang tenang membiru sebagai pusat pelancongan juga telah menjadikan pihak berwajib bersungguh-sungguh mnegekalkan keindahan kawasan setempat.
Selain daripada itu,pejabat dan tempat kerja juga membudayakan amalan sukakan tumbuhan hijau "BAYANGKAN HADIAH HARI LAHIR UNTUK SETIAP STAFF ialah SEPASU BUNGA ATAU TUMBUHAN HIJAU" menerbitkan rasa kagum di hati kecil penulis.

Pembangunan Bandar Pelabuhan sebagai tarikan pelancongan


Isteri tersayang Azziah Harun bersantai di Jungfenrstieg (the most beautiful shopping street in the world..katenya) berdekatan dengan tasik/Alster dan Town hall/Rathaus.

Menjadikan kawasan pelabuhan sebagai tarikan pelancongan adalah jawapan tepat terhadap masalah jerebu dan pencemaran yang agak kritikal di Pelabuhan Klang.Sekadar mengambil beberapa contoh tarikan pelancongan seperti Hafencity,Miniatur Wonderland dan Landungsbrucken yang menjadi kawasan tumpuan pelancong dengan pelbagai tarikan seperti pesta pelabuhan,percutian feri dan kapal,muzium maritim dan lain-lain telah berjaya mengekalkan keindahan kawasan jeti dan pelabuhan (keadaan yanag sama dapat penulis lihat ketika berkunjung ke Barcelona).



Pemandangan dari atas kapal sepanjang pantai dan pelabuhan Hamburg

Maka hikmahnya yang dapat penulis kongsi bersama:jika negara Barat yang majoritinya bukanlah penganut Islam begitu mementingkan kebersihan dan keindahan alam sekitar,mengapa kita yang katanya NEGARA ISLAM tidak boleh belajar dari mereka dan menjadi lebih baik dlm aspek penjagaan dan pengurusan Alam sekitar.??sedangkan ISLAM meletakkan kebersihan itu sebahagian dari Iman dan kita Hamba-Nya sebagai Khalifah yang memegang amanah menjaga segala pinjaman dan keindahan yang sementara ini!!layakkah kita mencium BAU SYURGA??tu diahhh..

p/s;menjelang DEBAT ALAM SEKITAR,berubahlah adik2 pendebat UIAM ;)


DI TAMAN TEMAN,

AYDIN SUFI

Friday, June 12, 2009

BUKU MINGGU INI:Jejak Risalah d Nusantara 1

Alhamdulillah after a while exploring blogging world the main domino effect is it's rejuvenating my interest in reading and writing (looking forward to write some articles soon) ;)

Bertitik tolak dari itu i would like to share my view on buku pertama yg kembali aku baca dan telaah seperti tajuk di atas karya Dr.hAFIDZI mOHD nOOR. bUKU ni wife aku yg bawak from malaysia huhuhu..tiba2 jah rase nak kembali memupuk minat mebaca sebelum terlambat.





vielen dank my wife coz inspire me to keep reading and writing;)ni muak depan buku yg dimaksudkan.


Basically buku ni focusing on the development of Islamic da'wah and values in our beloved region Nusantara (bukan indonesia raya ok!!).Mostly facts ni penulis dh kumpul since 1990's lagik and i am in a same opinion with him especially on those below mentioned persoalan? dan penghujahan:

1) Buku ini menafikan tohmahan dan persepsi orientalis yg sudah tertanam dlm pemikiran kita even dlm silibus sejarah lagik (AUTHOR buku sejarah pls take note!!!) sian kat anak bngsa especially muslim. Sesungguhnya Islam tidak tertegak atas dasar mata pedang or asimilasi menerusi perkhwinan semata sebaliknya usaha bersungguh2 pendakwah cthnya pengislaman MEURAH SILU (Raja Pasai) di tgn 2 org pendakwah iaitu Faqir Muhammad dan Syarif DARI Makkah. Penekanan terhdp aspek dkwah mngenepikan teori2 songsang orientalis bhw Islam di nusantara hnya tersebar menerusi teori pedagang,teori politik and teori perkahwinan semata.

2)Sesungguhnya tamadaun tidak diukur menerusi arca2 songsang menggamabrkan keghaiarahn terdhp ukiran patung berunsur seksual,bngunan bermotifkan ukiran patung mahupun haiwan(based on my experiebnce 5 bulan dok europe pi dublin,barcelona,paris and so on yg depa dok jaja gereja2 tua lama and patung2 unik).THEREFORE kedatagn ISlam menukar persepsi budaya estetika (seni rasa) kepada tamadun dan kebudayaan ilmu berasaskan Al-quran fokus kepada seni fikir.Quoted as what had been commented by Prof.Syed Muhammad Naguib al-Attas- Apakah hasil seni yg menjadi ukuran kemajuan sesebuah tamadun? the answer is definitely not..historically proven makin maju dan rumit gaya seni rupa maka semakin menndakan kemerosotan budi dan akhlak;)

3)We should aware the facts that pelayaran Cheng Ho telah pun mendahului ekspedisi Columbus mahupun Vasco da Gama and fakta armada DINASTI MING dan kelengkapan teknologi perkapaln dan perubatn atas kapal semasa pelyaran Laksamana Cheng Ho begitu mengagumkan berkali2 ganda lebih besar compare to pelayarn portugis mahupun sepanyol...maknanya CHina telah pun menjadi SUPERPOWER dunia suatu masa dulu syg sekali after Cheng Ho meninggal kerajaan cina mengambil pendekatan tidak explore lagi dunia luar...byngkan kalo armada dinasti ming ni bertembung dgn tentera portugis and sepanyol dulu..cfm Cina menang kan?hehehe and Melaka tak kena serang and ade Sultan sampai sekarng instead of YDP.

4) last but not least sedarilah bahawa undang2 syariah telah pun di amalkan ketika keagungn zaman Kerajaan Melaka menrusi Undang2 kanun Melaka dan penemuan batu bersurat bertarikh 1303 juga telah menunjukkan undang2 syariah telah pun lama dilaksanakan di Kuala Berang/Foolon waktu itu juga merupakan pelabuhan yg terkenal...persoalannya kalo dulu Melaka and kerajaan Islam dulu telah pun melaksanakan undang2 Islam why now there are certain people which SO call themself as Abrilliant politician bole tergamak mengatakan undang2 Islam sbg tidak praktikal sedngkan zmn dulu krjaan2 yg juga berpungsi sbg pelabuhan antrabngsa bole saje mengplikasikan undang2 syariah?? (budak2 law uia...bawalah perubahan;)..uhuhuh

In short instance reading will empowering your knowledge while writing will enhance ur analytical skills;) keep on reading and writing guys.

PROSES WARM UP MENULIS,

Aydin Sufi.



Wednesday, June 10, 2009

AISYAH menjelang 9 bulan tambah lasak pakai baju baru



Alhamdulillah lagi 5 hari Aisyah Safiyya nak masuk 9 bulan antara beberapa perubahan ketara AYBU(ayah+ibu) perhatikan ialah:

1) Pantang namapk ayah melonjak2 kegiragn
2) Nak tido dh ok tp kalo pampers basah or mengigau vokal kalah Jaclyn Victor
3) dh pandai tgk tv siap berdiri depan tv
4)suka berdiri smabil paut sume benda or kdng2 lepas satu tnagn...sngakut kat kain ibu,seluar ayah..bla bla..
5) membebel..papapapapamamamam..
6)tepuk2 tangan
7) pantng ulur makann or jumpa benda sume nak makan
8)tak leh tinggal sorng2
9) pandai salam and cium tngan ayah and ibu
10) suka main spec ayah ibu and panjat2 badan kitorng

demikianlah antara beberapa positive development yang kitorng perhatikan..paling tak tahan overconfident nak berjalan tanpa org pegang tangan akhirnya terlentang jua ke lantai..huhuhuh



ni gambar hidung cedera lepas buat aksi stunt kat kerusi makan ;)


mmmm..makan skrg bubur nasi brokoli,carrot,pisang,air buah,nestum..tp maintain slim adela dagu skit...pastu takleh dok diam kalo tgk AYBU makan (tk leh perform nak makn bnyk) cfm nak serang at last we have decided letak ecah dlm stroller pakai tali pinggang..hahaah

Lagi satu excited tgk muka sendiri kat cermin gelak sorg2..huhuhuu..sambil pakai baju and topi baru H&M.



Basically hari2 ayah and ibu doakan Aisyah Safiyya jadi anak yg solehah,sihat sejahtera dunia dan akhirat;) moga menjadi contoh kepada ADIK2..adik22??? heheheh belum lagi relax dulu.

pena AYBU..

Tuesday, June 9, 2009

AISY SAFY COUTURE

Since last week aku dh terpikir pasal nak wat blog online biz pasal baju2 baby and kanak2..sejak ade ank ni aku mmg suka tgk baju budak2 plus teringt mase sekolah rendah dulu..hobi aku melukis baju lawa2..apstu bole jual gambar2 baju tu to those frens yg minat haahhahaha...want of my best fren mase sekolah rendah tan soo ling...terror lukis gaun besar2..so kitorng suka share lukisan baju2..

pastu sempena besday wife aku..and dia pun tkd ekeja kta hamburg ni..aku decide nak redesign baju budak2 yg kitorng mmg saje beli lebih mase shopping kat jerman..pastu aku watla facebook utk AISY SAFY COUTURE (singktn dr name our 1st daughter lovely aisyah safiyya).

and then aku pun dh discusss dgn one of my juniors yg dh maju dgn BRAND MYRANESQUE..on how tu explore blogging for handmade design ni...maka atas dasar nak explore dunia baru and reinvent bakat2 lame..lahirlah AISY SAFY COUTURE ;)

Now dlm proses utk buat blog utk brand ni...basically we wnat to introduce concept of travelling-designing-blogging....so jauh perjalann luas pengalamn....sejak dok kat europe ni travelling dh jd one of my passion;)hehehe

so doa jela...AISY SAFY COUTURE will be part of our hobbies,suka2..maybe serius jd satu brand in future who knows smbil apply ilmu2 biz yg aku dh dpt secara teori dari UIA...secara praktikal sepanjang keja dgn MISC...

selamat maju jaya AISY SAFY COUTURE.

lots of love,

cipul.

heppy besday my beloved wife;)

8 june besday my wife lebey kurang same dgn my father 7 june..so smlam jln2 pening pale nak carik hadiah ape...akhirnya decide beli ros merah and kuning yg besar2..huhuh..tp florist tu tk tau plak spekaing english so dia tak tau yg aku nak soh dia gubah and willing to pay more..dah emo..aku beli jela..tk yah gubah2..and then jaln2 pi zara,h&m jap(which kat mesia jgnla harap aku masuk..

last2 decide pi galeria i bought my wife celebration package of perfume from ESPRIT..okla uhhuuh..tp gambr tk smepat upload lagik;)

selamat hari lahir buat isteri tersayang..moga menjadi isteri solehah and ibu yg mithali;)

Almost 5 months in Hamburg

Alhamdullillah masanya hampir tiba..after all tk sabar nak balik mesia,my wife and baby dh nak dekat 2 bulan duduk sini.

bnyk gak pengalaman kitorng dpat kat cni..resipi2 baru,pi tempat2 baru yg tak pernah imagine..paris,amsterdam,barcelona,dublin,bla..blaa..and then tak sempat jln2 coz outburst of swine flu..hehee

so now coutning days another 17 hari nak balik Malaysia;) amin moga-moga dipermudahkan segala urusan.