Friday, April 17, 2009

MY ALL TIME FAVERET SONG -SEMPURNA

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan selalu memujamu
Di setiap langkah kuku
kan selalu memikirkan dirimu
tak bisa kubayangkan hidup ku tanpa cinta mu
Jangan lah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersama mu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku,
lengkapi dirikuOh sayangku kau begitu,Sempurna....
Kau genggam tangan kuSaat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikan kata yang hapus semua sesalku
Jangan lah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersama mu ku akan bisaKau adalah darahku
Kau adalah jantungkuKau adalah hidupku,
lengkapi dirikuOh sayangku kau begitu,

Dh hampir 3 bulan dok jauh ni makin jiwang pulak ;)llalalalalaal

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

Yang tulus ikhlasIngin sekali sekala dirinya dibalasWalau hanya dengan dakapan di angin laluYang slalu memberiIngin sekali sekala jadi penerimaCukup dengan salam dan manis doaPrechorus:Aku ingin kau merasakan hebatnya cintaDan leburkan saja serpihan calar deritaChorusSelamat ulang tahun sayangKini kau bersayap, pergilah terbangRentaslah langit cita cita muHarap nanti kita ‘kan bertemuSelamat ulang tahun sayangJanganlah engkau tak terbang pulangKu nanti penuh kerinduanSelamat tinggal, selamat jalanAku hanya ingin kan engkau setiaKerana setia yang mencipta bahagiamu.....

KU NANTI PENUH KERINDUAN;)

Thursday, April 16, 2009

Aisyah Safiyya dah 7 bulan

Alhamdulillah diam tak diam Aisy Safy dah 7 bulan..dh hampir 3 bulan tak jumap dgn ayah kan? hari2 online dgn skype je tp pelik dgr sore and gambar je..ayahnya mane..ehheh

miss aisyah safiyya so much ...tunggguuuuuuuuuuu surprise ;) buat ibu dh tk surprise la..hehhe
Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati wanita kekasih anda lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:
1.Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2.Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3.Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4.Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5.Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6.Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7.Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
8.Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9.Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10.Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11.Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12.Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13.Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14.Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15.Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16.Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17.Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18.Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19.Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20.Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21.Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22.Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23.Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24.Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
25.Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
26.Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
27.Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
28.Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
29.Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.
30.Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
31.Basuhkan kereta yang dipakainya.
32.Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
33.Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34.Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
35.Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
36.Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
37.Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
38.Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39.Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
40.Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

Cubalah amalkan ;)

Monday, April 6, 2009

Assalamu`alaikum wr wbk
Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW: “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”
§ Mengapa 7 tahun?
§ Mengapa tidak 5, 12, 15 atau 21 tahun?
§ Mengapa tentang “solat”? Mengapa tidak lain yang lebih “ringan”?

Pasti ada sebab-sebab yang afdhal sebagai dalil mutlak yang memerlukan kita memulakan anak-anak solat dari usia 7 tahun. Pasti ada sebab-sebab agung bahawa, bila berusia 7 tahun, anak sudah mampu melakukan solat sebagai penghayatan hariannya. Pasti sebab-sebab itu telah didasarkan kepada sifat-sifat semula-jadi bagi manusia yang mampu diperolehi pada usia 7 tahun. Jika tidak, anjuran Hadis ini boleh membuat ramai ibubapa merasa gelisah dengan kerungsingan: “Macam mana ni, nak bagi anak solat pada usia 7 tahun! Ia masih budak-budak lagi … apa!”

Insya-Allah, melalui artikel ini saya akan menerangkan dalil-dalilnya supaya kita yakin dan bersyukur bahawa anak-anak yang telah mula melakukan solat harian dari usia 7 tahun akan mudah dibesarkan dengan penuh barakah dari segi ilmu, akhlak, ibadah dan kebajikannya.

MENGAPA “SOLAT”?:
Solat adalah tiang agama. Solat perisai hidup. Solat mengajar anak menjaga masa (waktu-waktu solat). Solat memberi peluang untuk sujud dan berdoa. Solat mengindahkan kehidupan kerana wajah indah adalah “taqwa”.

Solat juga memerlukan kita mempunyai beberapa hakikat dan sifat tertentu, khususnya:
§ KITA FAHAM: Faham bahawa kita beragama Islam, dan sebab kita dijadikan adalah untuk sujud ke hadrat Ilahi. [Surah Adz-Zaariyat 51 Ayat 56: “Ku ciptakan jin dan manusia itu hanyalah supaya mereka sujud (memuja) kepada-Ku”]
§ KITA YAKIN: Yakin kerana kita telah “faham”, dan “keyakinan” adalah asas keimanan.
§ KITA RELA: Bila sudah faham dan yakin, kita sedar “merelakan diri”, sedia dan terima.
§ KITA AZAM: Dengan rela, faham dan yakin, kita mudah ceria, berminat dan “berazam”.
§ KITA SYUKUR & JAGA: Kerana begitu azam kita pasti dapat mengecap keindahan solat sehingga kita rasa amat syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan kita dengan membanyakkan yang “maaruf” dan menghindarkan diri kita dari yang “mungkar”.

Sekiranya sifat-sifat ini diperlukan agar anak faham dan senang dimulakan bersolat dari usia 7 tahun, mampukah ia membina sifat-sifat serta hakikat-hakikat itu pada usia 7 tahun?

Ya, boleh kerana dari ilmu kajian sains, tahap pembinaan jentera asas akal (otak-saraf manusia) telah matang mencapai lebih dari 95% pada usia 7 tahun. Pencapaian tahap pembentukan inilah yang memberi anak kita landasan untuk mampu berfikir, memilih, merasa yakin, berazam, dan mudah mirip untuk merasa syukur serta menjaga kebaikan dirinya, insya-Allah.

Pakar-pakar Sains Neurologi (ilmu tentang otak-saraf) telah lama menemui tahap-tahap pembangunan dari detik hamil hingga usia 6 tahun:
PROSES DALAM RAHIM:
§ Hari ke-16 otak saraf mula dibina
§ Hari ke-120 sel2 otak lengkap (100 billion sel)
[Hari ke-120 Tiupan Roh & Kurniaan Empat kalimat]
WAKTU LAHIR:
Otak-Saraf terbina
pada tahap 25%


USIA 6 BULAN:
Otak-Saraf terbina
pada tahap 50%



USIA 3 TAHUN:
Otak-Saraf terbina
pada tahap 85%



USIA 6 TAHUN:
Otak-Saraf terbina
pada tahap 95%








Apakah yang dimaksudkan dengan tahap 25% atau 50% atau 85% atau 95%? Berikut adalah rajah yang menerangkan apa yang berlaku kepada sistem otak-saraf anak-anak kita:
Setiap satu sel neuron mampu membina cabang2 dendrit, bercambah menghasilkan rangkaian2 yang menyimpan dan menyusun maklumat.
Melalui rangkaian2 ini otak-saraf berfungsi membina dan menyusun ilmu, pengalaman, dan berbagai kemampuan yang memberi manusia berbagai sifat serta kebolehan untuk hidup sempurna. Lebih awal proses ini berlaku, lebih sempurna dan kukuh ilmu, pengalaman dan kebolehan yang disusun itu.















Waktu Lahir
3 bulan
2 tahun





Sebagai sistem simpanan maklumat, otak-saraf manusia mempunyai kemampuan yang amat besar jika dibanding dengan sistem-sistem lain yang direka oleh manusia:

Otak Manusia - 125,500,000,000,000
Arkib Negara Amerika - 12,500,000,000,000
IBM 3850 MTC - 250,000,000,000
Encyclopaedia Britannica (19 vol) - 12,500.000.000
Disk Magnetik - 313,000,000
Disket Lentur (Floppy Disk) - 2,500,000
Buku - 1,300,000
Alhamdulillah, melalui proses-proses ini, manusia, secara fitrah, telah diberikan jentera otak-saraf yang merupakan landasan untuk anak-anak kita membina ilmu, amalan dan kebajikan pada paras tinggi, dan landasan itu amat besar. Sila lihat perbandingan di antara sistem-sistem simpinan:

Dari rajah-rajah ini kita dapat sama-sama melihat bahawa otak-saraf merupakan “kemudahan” (anugerah Tuhan) yang terlibat dalam proses pembangunan “Anak Cemerlang, Anak Mulia”, dan potensinya amat besar. Inilah sifat mutlak yang memudahkan pendidikan anak pada tahap yang tinggi sehingga pada usia 7 tahun, anak-anak mampu mencapai pembangunan pada tahap lebih dari 95%. Hal ini amat selaras dengan panduan Al-Quran tentang sempurnanya bentuk manusia yang telah dijadikan Tuhan:

Dalil2 Al-Quran
Ÿ Dan segala yang diciptakanNya dibuatNya dengan sebaik-baiknya, dan dimula menciptakan manusia dari tanah. (As-Sajadah 32:7)
Ÿ Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik. (S At-Tiin 95:4)
Ÿ Sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan, dengan kelebihan yang sempurna. (Surah Al-Israa’ 17:70)
Ÿ Hai manusia! Apakah yang memperdayakan engkau terhadap Tuhan engkau Yang Pemurah? … Yang menciptakan engkau, menyempurnakan kejadiaan engkau dan membuat engkau dengan ukuran yang seimbang. .. Menurut bentuk yang dikehendakiNya, engkau disusunNya (Al-Infithar 82:6-8)

MANUSIA TELAH DIBERI ILMU & PETUNJUK
Saya juga yakin anak “harus mampu sempurna” kerana manusia (Nabi Adam a.s.) telah diajar ilmu dan disediakan petunjuk (agama dan akal):

Dalil2 Al-Quran
Ÿ Dan Tuhan mengajarkan kepada Adam nama-nama benda segalanya (S. Al-Baqarah 2:31)
Ÿ Maha suci Engkau. Kami tidak mengetahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Tahu dan Maha Bijaksana (S. Al-Baqarah 2:32)
Ÿ Hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ciptaan Allah, yang dijadikanNya manusia sesuai dengan agama itu (S. Ar-Rum 30:30)
Ÿ Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam (S. Ali Imran S. 3:19)
Ÿ Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya (S. Ar-Rum 30:24)
Ÿ Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus (S. Al-Isra 17:9)

MAMPU SEMPURNA PADA USIA 7 TAHUN
Oleh itu, saya begitu yakin bahawa anak-anak kita, pada usia 7 tahun, seharusnya sudah mampu memperolehi sifat-sifat tingga (secara mutlak) sehingga mereka mudah:
§ FAHAM: Bahawa kita beragama Islam, dan faham perlunya “sujud” [S.Adz-Zaariyat 51:56]
§ YAKIN: Kerana kita telah “faham”, keyakinan menjadi asas keimanan.
§ RELA: Kerana faham dan yakin, kita “rela” serta betul-betul sedia dan terima.
§ AZAM: Kerana faham, yakin dan rela, kita lebih mudah ceria, berminat dan “berazam”.
§ SYUKUR & JAGA: Kerana azam kita mudah mengecap keindahan solat sehingga kita rasa syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan berasaskan “maaruf nahi anil mungkar”.

SEDIKIT2 & BERTAHAP2
Tahap pencapaian pada usia 7 tahun sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika kita mulakan pendidikan anak dari tahap-tahap seawal mungkin. Inilah sebabnya kita perlu adakan usaha pendidikan awal bagi kaum Muslimin dengan memanfaatkan peluang membina asas-asas pendidikan yang kukuh dari masa anak berada di dalam rahim ibunya, dan, selepas anak itu dilahirkan, mendidiknya secara sedikit-dikit, bertahap-tahap, dan secara berkesinambungan:
Usia 6 hingga 7 tahun
TAHAP 2
LAHIR
TAHAP 7








IN-UTERO

TAHAP 6
TAHAP 5
TAHAP 4
TAHAP 3
TAHAP 1
DALAM RAHIM



Sekiranya anak-anak kita dapat dididik dengan baik secara bertahap-tahap, dari awal, mereka akan mudah disempurnakan ilmu, akhlak, amalan, ibadah dan kebajikan selapas usia 7 tahun. Rajah berikut menunjukkan tahap-tahap utama proses pendidikan hinggalah usia “Akil Baligh”.
Proses bertahap-tahap terus berlaku selepas anak dilahirkan. Proses pembesaran yang berlaku sedikit-dikit dan berturutan serta kumulatif memberi anak peluang untuk didik secara sedikit-dikit, berurutan dan kumulatif jua. Rajah berikut meringkaskan
cara-cara memanfaatkan kemudahan ini:

















AKIL BALIGH
Sudah
mula
tanggung
Fardhu
`Ain &
Hidup atas
Dasar
akidah
& iman

10 TAHUN
Mampu
fikir dalil, faham &
rela lakukan
Solat
(Hadis:
10 tahun, anak mudah solat)

7 TAHUN
Asas akhlak terbina
(Hadis: Anak sedia untuk memulakan solat)


PROSES KEMATANGAN & KECAMBAH
SEMASA HAMIL
Kecambah
Bermula
Lahir 25%

6 Bulan 50%


3 Tahun 85%


6 Tahun 95%

Struktur
Masa di dalam rahim ibu dimanfaatkan agar struktur tubuh & otak-saraf sempurna; Roh dan Empat Kalimat dikurniakan dengan penuh Rahmat. Anak dilahirkan selamat.
Masa dari lahir hingga 3 tahun dimanfaatkan kerana apa yang anak belajar atau alami akan menjadi kekal. Jika ini terhasil, anak akan bina asas yang kukuh untuk terus dibangunkan hingga 7-10 tahun.

Bermula 6-7 tahun ilmu diperluaskan & amal harian dihalusi dengan adab & fikiran berdalil. Ia sudah biasa solat. Sudah bina asas ilmu luas & akhlak kukuh sehingga mudah faham adab, mengapa perlu solat, & hidup atas dasar maarof. Alhamdulillah.

Moga2 bila usia 10 tahun anak mudah hidup dengan asas ilmu-akhlak sempurna, melakukan solat tanpa didenda, serta menunaikan Fardhu `Ain bila baligh. Jika ini terhasil, anak akan mampu memakmurkan usia belianya dengan penuh barakah & kebajikan,
Insya-Allah.










Dalam rangka proses pendidikan ini, “Akil Baligh” amat utama. Anak yang sempurna penyediaannya untuk akil baligh akan lebih selamat bila ia menjejak usia remaja. Bagi semua ini, SOLAT merupakan faktor utama, dan faktor ini perlu dihasilkan pada usia 7 tahun. Insya-Allah, bila anak sudah biasa dengan solat pada usia 7 tahun, ia akan mudah melazimkan dirinya dengan solat pada usia 10 tahun (tanpa didenda), dan, jika ini terpacak sebagai amalan hariannya, insya-Allah, Fardhu ‘Ain anak akan sempurna, dan usia remajanya penuh dengan barakah, insya-Allah.

TUJUH TAHUN & DUNIA SEKOLAH
Usia 7 tahun juga merupakan detik penting dari sudut kemasyarakatan kerana pada usia itu, anak kita sudah mula menjejak dunia persekolahan. Dalam suasana sekolah, ia seharusnya sudah mampu berturtur dengan baik, membaca, sudah hafal berbagai surah-zikir-doa, menulis, melukis, pandai menjaga diri, mempunyai berbagai ilmu berguna yang luas, bersifat baik, senang menjayakan dirinya dalam persekolahan, serta menyenangkan kehidupan ibubapanya.

Alhamdulillah, saya telah berpeluang menemui ramai ibubapa yang telah mendidik anak-anak dari kecil, dan anak-anak itu telah memperolehi kecerdikan, ilmu dan akhlak yang amat tinggi:
Ÿ Pada usia 3-4 tahun mereka telah faham banyak fakta-fakta sains, bahasa, Matematik, kesihatan, protin, karbohidrat, ilmu alam, lebih dari apa yang biasa difahami oleh anak-anak yang tidak dididik dari awal.
Ÿ Mereka bertutur dalam dua bahasa dengan fasih dan penuh adab serta makna. Tulisan dan lukisan mereka amat baik. Mereka mampu membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan mampu membaca Iqra’ (III-VI) pada usia 5-6 tahun.
Ÿ Perbendaharaan ilmu mereka amat luas. Mereka tahu amphibia, mamalia, nama-nama pokok, mengapa daun berwarna hijau, apa erti photosynthesis, chlorophyll, nama-nama awan, mengapa awan penting, jenis-jenis kereta, negeri, ibukota, bendera, dan banyak lagi. Hal ini tidak menjadi masalah kerana mereka berminat mempelajari berbagai bahan-bahan ilmu.
Ÿ Membuat kerja-kerja rumah, termasuk membantu bibi memasak, mengemas rumah, menolong ibubapa, membasuh kereta, menyusun buku-buku di rumah, menjahit, pergi pasar, dan menolong menjaga adik-adik ~ semua ini sudah mula menjadi amalan harian.
Ÿ Mereka kenal masuknya waktu solat, apa itu azan, melakukan solat, berwudhu, tahu sejadah, arah kiblat, erti saf, solat berjemaah, menghafal doa Iftitah, zikir-zikir solat, surah-surah lazim, doa-doa harian dan salawat sudah juga menjadi kegemaran mereka.
Ÿ Kerana mereka berminat dan berkemampuan tinggi, mereka mampu didedahkan kepada berbagai ilmu lanjutan. Lebih banyak, lebih tinggi kemampuan mereka memahami lebih banyak ilmu-ilmu baru pada tahap yang lebih tinggi serta bidang yang amat luas dan berbagai. Proses ini dilakukan tanpa disekat oleh usia mereka. Yang penting mereka ceria, faham dan minat belajar.

Dengan pencapaian yang begitu tinggi dan luas (pada usia 5, 6 atau 7 tahun) anak-anak ini pasti akan mudah memahami apa sahaja yang bakal diajar di sekolah. Insya-Allah, mereka akan pasti mampu menjayakan diri mereka pada tahap-tahap sekolah bermula usia 7 tahun. Semua ini pula dilandaskan dengan akhlak, iman dan budi-pekerti yang baik semata-mata kerana telah dibiasakan melakukan solatnya dari usia 7 tahu. Wallahu`alam bissawab.

Friday, April 3, 2009

Blessed

[6:01:shaiful Kamaluddin:
Long before you came
I knew
Somehow life would bring me you
Long before you spoke my name
I believe you knew I missed you
I love you more than words can sayI love you,
there's no other way
For the first time in my life
I am someone great
For the first time i've come home
I have found my faithI believe it when I see you smile
That I'm blessedI'm blessed,
I amI'm truly blessed
I believe it when I see you smile
That I'm blessedI'm blessed, I am
For all the nights to come notherways you'll be inside my heart
Always
For the first time in my life
I am someone the first time i've come home
I have found my faithI believe it when I see you smile
That I'm blessedI'm blessed, I am
I am someone great
For the first time i've come home
I have found my faith
I believe it when I see you smile
That I'm blessedI'm blessed, I amI'm truly blessed
Report as Spam
Are you sure that you want to report this as spam?

About
Date Posted 8 months ago
Title: Blessed (Radio Version) Artist: Fady Maalouf Album: Blessed CDM Rated: 2 timesFavorited: 3 timesPlayed: 10,599 timesCommented: 2 times Comments: Disabled View Stats View Duplicates Click here to embed this song Top Videos himawari - yusuke Plays: 211,815 Love Story (Official Music Video) Plays: 383,919 Just Dance Plays: 998,199 Take A Bow Plays: 1,832,659

Thursday, April 2, 2009